Thursday, November 6, 2008

Bujang di Menara Gading by Muhammad Amirull bin Jaafar

Semenjak penubuhannya pada 1965 dengan nama Dewan Latehan RIDA, kini dikenali dengan nama Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) yang berpusat di bandaraya Shah Alam, Selangor telah melahirkan hampir 110,000 graduan bumiputra di dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu.

Kehidupan di universiti bukan lah semudah sangkaan orang ramai. Pagi ke kelas, petang balik kelas. Universiti di Malaysia telah menjadi gedung besar bagi mengisi kehendak pasaran kerja di luar, tetapi di sinilah kebanyakan pelajar belajar untuk menjadi manusia. Kemahiran hidup seperti membasuh baju sendiri, memasak makanan sendiri, belajar bekerjasama di dalam kumpulan ialah antara apa yang dipelajari secara tidak langsung di sini.

Kehidupan mereka di rumah sewa dan flat milik PKNS, adalah satu yang rutin di sini. Sebuah rumah kecil ini yang mempunyai 3 bilik dikongsi oleh 6 orang pelajar bukan alasan untuk mereka merungut.

Sebaliknya,gelak ketawa,gurau senda, buat tugasan bersama menjadi elemen hidup seharian mereka di sini.

2 comments:

The Torque said...

Salams,

Good shots but not strong enough to deliver the overall story,some shots are almost look like it was posed....good effort but can be improved.

Anonymous said...

wassalam,
terima kaseh abam torque for the words.
as for the overall shots,none actually of it being posed because all of it naturally posed by my friends.

for sure i,ll do more effort for it
tq again torque